Kata-kata Sayidina Ali yang masyhur menyebut: “Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan oleh kebatilan yang tersusun”.
Melihat kepada perkembangan kemajuan teknologi maklumat atau Information Technology (IT) hari ini yang dari sehari ke sehari semakin canggih dan sophisticated, maka mekanisme yang ada ini wajar untuk digunakan dengan semaksimanya sebagai salah satu methodologi penyampaian dakwah dan ilmu-ilmu Islam. Kita tidak wajar membiarkan wadah ini hanya dimonopoli, dikuasai dan dimanipulasi oleh penyampai dakyah songsang, pencinta dunia, pengkagum materialistik, pencipta idealisme Baratism, para perencana kemaksiatan, penyebar bahan lucah dan video seks serta pengangkat budaya hiburan melampau dan hedonisme sahaja. Malah kita tidak mahu dunia siber ini hanya menjadi medan kepada aktivis-aktivis dan pejuang sekularisme, liberalisme, kapitalisme, darwinisme, komunisme, sosialisme dan isme-isme sesat yang lain ligat memainkan pemikirannya, mempamerkan aksi jahiliyyah dan menyebarluaskan kebobrokannya. Sungguh… Kita tidak mahu!
“Islam Did Not Spread By Itself…”
Justeru itulah, kita memerlukan lebih ramai bloggers untuk mengaktifkan dakwah melalui alam maya yang mana kini segala maklumat boleh diperolehi di hujung jari dalam masa sesaat dan satu klik sahaja. Sudah tidak ada masa lagi untuk tidak berdakwah! Ini adalah salah satu dari cara dan medium dakwah berkesan di dunia serba edan dan di era globalisasi kini. New World Disorder memerlukan dakwah sebegini dipersada.
Walaubagaimanapun, saya tidak menafikan betapa usaha-usaha dakwah dengan cara-cara yang lain dan manhaj yang berbeza juga perlu diteruskan kesinambungannya. Bagi yang seronok berdakwah bil lisan dan bil hal, teruskan perjuangan. Bagi yang berbakat di bidang penulisan (sama ada fiksyen atau bukan fiksyen), kembangkan. Bagi yang memilih siasah dan NGO sebagai medan berdakwah, aktifkan. Bagi yang memilih berdakwah melalui aktiviti-aktiviti usrah, tamrin, kem ibadah dan kuliah-kuliah, dialu-alukan. Bagi yang selesa berdakwah rumah ke rumah, teruskan usaha. Bagi yang mampu untuk berdakwah dengan khidmat masyarakat, turun padang dan program kebajikan, silakan. Dan sesiapa yang mampu untuk melakukan kesemuanya, faya tafaddhal masykura! Pendek kata, jadilah pendakwah yang berdakwah mengikut kemampuan masing-masing dengan tujuan dan matlamat redha Allah.
Malah sebenarnya, di dalam cara berdakwah konvensional yang dinyatakan tadi pun, kemajuan teknologi maklumat dan teknologi perhubungan juga amat memudahkan usaha dakwah tersebut. Penggunaan telefon, sms, mesin faks, e-mail, tele-conference, video-conference, tv internet, dan lain-lain lagi sewajarnya mengaktifkan lagi usaha dakwah liridhalLah ini. Sekali lagi, sudah tidak ada masa untuk tidak berdakwah! Sudah tidak ada masa untuk beralasan itu ini dan begitu begini.. Persoalannya, hanyalah sama ada nak ke tak nak. Jangan tidak, tidak!
Atas segalanya, semoga saya, tetamu ziarah yang budiman dan semua pekerja dakwah (du’at) dapat memantapkan diri dengan ilmu, amal, kemahiran dan kecanggihan teknologi ke arah pengaktifan dakwah. Semoga syi’ar Islam yang syumul terus berkembang maju dan menyinari alam maya ini. Semoga dengan dakwah, Islam terus terbela dan memerintah dunia! Amiin Ya Rabbal ‘Alamin.
“Sampaikanlah yang benar itu walaupun ia pahit…”
“Berilah ruang pada hati kecil berbicara, menilai sesuatu dengan iman dan niat ikhlas.. Andai kebahagiaan dan kebenaran yang dicari, redha Allah yang didamba.. Lambat-laun akan dibukakan jalan kepada kita.. Jalan kejayaan.. Yakinlah! Dan bila suara hati sudah berbicara.. Pohonlah agar ianya jalan yang Allah tunjukkan.. Jalan yang menuju padaNya.. Jalan yang telah dilalui oleh para Nabi, Siddiqin, para Syuhada’ dan orang-orang yang soleh.. Bukan jalan orang-orang yang Dia murkai dan bukan pula jalan mereka yang Dia sesatkan.”
Wallahu a’la wa a’lam.
Oleh: UstazMuda87..(",)
1 comments:
assalamualaikum...
teknlogi pd ms kini amt penting...tidk kire untuk kegunaan ape pun..sperti artikel yg sy tlh bce ini slh stu cra untuk pndkwah masa kni untuk meyampaikan dakwah adlah lbih mudh...jdi tiada alsan untuk pendkwah atau org yang mempunyai ilmu tntg agma untuk mmberi seribu satu alaan untuk tidk menyampaikn ssuatu...seme mklumat kini d hujg jari..klik saja ape sje yg kita ingin tau atau smpaikan..so...now ni byk sudh kmudhan yng ada untuk kita menyapaikan ilmu.ok.wasalam...
Post a Comment