Thursday, October 23, 2008

SeLaMat DatAnG kE bLOG Ana......(",)

nukilan UstazMuda87.......(",)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalammualaikum w.b.t...
Alhamdulillah...akhirnya dengan keizinan daripada Allah s.w.t.,dapatlah saya menyiapkan blog yang serba sederhana untuk memberi sedikit info kepada semua terutamanya umat Islam. Saya berharap segala info yang saya sampaikan di sini dapat memberikan maklumat yang bermanfaat kepada semua, Insya Allah...

Di dalam blog ini, saya menghuraikan beberapa isu yang menarik di mana setiap isu ini adalah berkisar tentang reliti dunia dan umat Islam kini untuk kita kongsi bersama. Antaranyanya ialah seperti isu akidah,pendidikan, ekonomi, keluarga, undang-undang dan sebagainya. Banyak juga masalah-masalah umat islam kini yang saya utarakan di sini dan sedar atau tidak jika tidak dibanteras atau tidak dikawal lebih awal lagi, ia akan menular menjadi barah kepada masyarakat Islam sehingga meruntuhkan umat Islam.
oleh itu, marilah kita bersama-sama mengambil teladan dan iktibar terhadap isu-isu yang berlaku pada umat Islam kini...

Walaupun tidak seberapa mana pendapat dan idea yang ketengahkan di dalam blog, tetapi saya berasa gembira kerana dapat juga menyatakan pendapat dan berkongsi ilmu pengetahuan berkaitan isu-isu semasa yang dibincangkan di dalam blog ini. Sebenarnya Blog telah memberikan saya satu kepuasan dan pengalaman bermula daripada membentuk blog sendiri sehinggalah kepada penulisan di dalam blog dan penghasilan blog yang baik. Ia sememangnya memberikan saya satu pengalaman baru kerana jika sebelum ini, saya hanya mendengar tentang blog, tetapi tidak mencuba dan tahu tentangnya. Alhamdulillah....


Harapan saya agar, kawan-kawan yang telah melayari blog saya ini dapat memberi pandangan dan komen tentang isu-isu yang telah saya utarakan ini dan juga mungkin komen tentang blog saya ini. Saya sedia menerima komen dan pandangan anada semua. Segala kelemahan yang terdapat pada blog saya ini adalah atas kelemahan diri saya sendiri sebagai hamba Allah yang kerdil yang sentiasa tidak lepas daripada melakukan kesilapan. Semoga Allah memberkati atas segala usaha kita ini dan semoga kejayaan menjadi milik kita semua bersama.... Ameen...

2 comments:

purity purple said...

salam...wah..ade blog sopi leni...mantop2..tahniah n teruskan usaha anda..ana nk linkkan blog anta ye =b..

wardah mujahidah said...

salam ziarah pi...