Allah SWT berfirman: “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Ku kembalimu.” (Luqman: 14)
Hadith Pertama
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Seorang anak tidak dapat membalas ayahnya, kecuali anak tersebut mendapati ayahnya menjadi budak kemudian ia membelinya dan memerdekakannya.” (Riwayat Muslim dan Abu Dawud) Makna hadith tersebut adalah bahawa seorang anak tidak akan dapat membalas jasa ayahnya, kecuali jika ayahnya menjadi seorang hamba yang dimiliki oleh orang lain lalu si anak memerdekakannya, yakni membebaskan ayah dari perhambaan. Maka, barulah seorang anak dikatakan berjaya membalas jasa ayahnya. Memerdekakan hamba adalah pemberian yang paling utama yang diberikan oleh seseorang kepada orang yang lain.
Hadith Kedua
Dari Abdullah bin Mas'ud RA berkata: “Aku bertanya kepada Rasulullah SAW: “Amalan apakah yang dicintai oleh Allah?” Baginda menjawab: “Solat pada waktunya.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua orang tua.” Aku bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Hadith Ketiga
Dari Ibnu Umar RA bahawa Rasulullah bersabda SAW: “Berbaktilah kepada bapa-bapa kamu nescaya anak-anak kamu akan berbakti kepada kamu. Hendaklah kamu menjaga kehormatan nescaya isteri-isteri kamu akan menjaga kehormatan.” (Riwayat Thabrani dengan sanad Hasan)
Hadith Keempat
Dari Asma binti Abu Bakar RA ia berkata: “Ibuku mendatangiku, sedangkan ia seorang wanita musyrik di zaman Rasulullah . Maka aku meminta fatwa kepada Rasulullah dengan mengatakan: “Ibuku mendatangiku dan dia menginginkan aku (berbuat baik kepadanya), apakah aku (boleh) menyambung (persaudaraan dengan) ibuku.” Baginda bersabda: “Ya, sambunglah (persaudaraan dengan) ibumu. (Riwayat Bukhari dan Muslim) Imam Syafi'i berkata: “Menyambung persaudaraan itu adalah dengan harta, berbakti, berbuat adil, berkata lemah lembut, dan saling berkirim surat berdasarkan hukum Allah. Tetapi tidak boleh dengan memberikan walayah (kecintaan dan pembelaan) kepada orang-orang yang terlarang untuk memberikan walayah kepada mereka (orang-orang kafir).”
Hadith Kelima
Dari Abu Usaid Malik bin Rabi'ah As-Sa'idi RA berkata: “Ketika kami sedang duduk dekat Rasulullah , tiba-tiba datang seorang lelaki dari (suku) Bani Salamah lalu berkata: “Wahai Rasulullah, apakah masih ada sesuatu yang aku dapat lakukan untuk berbakti kepada kedua orang tuaku setelah keduanya wafat.” Baginda bersabda: “Ya, iaitu mendoakan keduanya, meminta ampun untuk keduanya, menunaikan janji, menyambung persaudaraan yang tidak disambung kecuali kerana keduanya, dan memuliakan kawan keduanya.” (Riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)
Hadith Keenam
“Sesungguhnya Allah telah mengharamkan atas kamu (dari perbuatan) derhaka kepada para ibu, mengubur anak perempuan hidup-hidup, menahan apa yang menjadi kewajipanmu untuk diberikan, dan menuntut apa yang tidak menjadi hakmu. Allah juga membenci tiga hal bagi kamu (yakni) desas-desus, banyak bertanya, dan mensia-siakan harta. (Riwayat Bukhari) Islam telah menggariskan beberapa cara untuk menghormati ibu bapa. Antaranya:
►Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
►Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan. Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
►Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
►Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.
►Tidak membantah kata-kata mereka.
►Tidak menyakiti perasaan mereka. Kita juga diwajibkan untuk berbakti terhadap kedua ibu bapa.
Pelbagai cara boleh dilakukan untuk berbakti kepada mereka. Antara lain:
►Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
►Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
►Merawati mereka ketika sakit.
►Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
►Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
►Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!
Apabila mereka telah meniggal dunia, apa yang mampu kita lakukan untuk mereka adalah:
► Mendoakan dan memohon ampun untuk mereka agar dikurniakan kebahagiaan di akhirat.
► Menunaikan janji mereka.
► Memuliakan rakan-rakan mereka.
► Menyambung persaudaraan dengan kerabat mereka
SAYANGI IBU BAPA ANDA! Wallahu A'Lam.....

3 comments:
Sebagai anak,maka wajiblah kita menghormati kedua ibu bapa kita kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini...
assalamualaikum..sy sgt setuju dengan apa yang saudara tulis, kita wajib hormati ibu bapa kita. bg sy selagi kedua orang tua kita masih ada, berbaktilah kepada mereka..kalau dah x de, kesal pun x guna..dn bagi sy walau sebesar mana pengorbanan kita pada mereka, tetap x dpt balas jasa kedua orang tua kita kepada kita..renung2kan lah..
salam, syabas dan tahniah di atas penulisan saudara yang telah menarik minat saya untuk membacanya. sedikit pesanan bagi yang masih mempunyai yang masih mempunyai ibu bapa. doakan dan senangkanlah hati mereka selagi mereka belum menutup mata. bagi yang sudah tidak mempunyai ibu atau bapa latahzan... doakan kesejahteraan mereka di sana, amin...
Post a Comment