Wednesday, October 22, 2008

UnDaNg-UndAnG IsLaM PeRbAnDiNgAn DaN PeNeLiTiAn dI BeBeRaPa NeGaRa IsLaM


Selepas perang Dunia Kedua kebanyakan negara Islam telah mencapai kemerdekaan tetapi dalam perundangan ia masih mengamalkan konsep perundangan dari luar tanpa mengambil kira samada ia sesuai atau tidak dengan suasana masyarakat Islam dan ruh agama Islam itu sendiri. Sejak daripada penerimaan Anglo-Muhammaden Legal System dan Franch-Muhammaden Legal System yang dipakai secara bersama dengan beberapa bahagian Undang-undang Islam yang masih baki diamalkan sebelum kemerdekaan ia menimbulkan banyak masalah.Kedudukan Undang-undang Islam di negara-negara Islam selepas bebas daripada penjajahan Barat dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan:
1. Negara yang mengamalkan Undang-undang Islam sepenuhnya tanpa ada sebarang perubahan dan tidak dikodifikasikan samada bidang keluarga atau jenayah.
2. Negara yang didapati Undang-undang Syaricah diubah berdasarkan perubahan undang-undang moden yang diwarisi daripada penjajahan Barat yang mereka istilahkan perubahan itu sebagai Reformasi Undang-undang (Law Reform)
3. Negara yang meninggalkan Undang-undang Syaricah dan mengambil undang-undang moden sebagai gantinya tanpa mengambil kira terhadap keperluanagama dan m
asyarakat Islam.
Berdasarkan pembahagian di atas kita dapati, kebanyakan negara Islam masa kini adalah berada dalam kategori kedua, dari sudut perundangan, manakala yang pertama ialah negara Arab Saudi dan kategori yang ketiga ialah negara Turki.
Perlaksanaan Undang-undang Islam yang dimaksudkan di sini ialah mengimplimentasikan undang-undang Syaricah dan menentukannya dalam konteks hubungan kemasyarakatan melalui penyediaan undang-undang dan statut-statut yang memberi kuasa kepada pemerintah untuk melaksanakannya dan menguatkuasakannya dalam hubungan individu, institusi-institusi kerajaan dalam bidang ekonomi, kewangan, penyiaran dan lain-lain. Dan menyediakan polisi-polisi yang menentukan pergerakan dan kegiatan masyarakat dalam berbagai bidang serta menentukan arah tujuannya.

Perlaksanaan syaricah ini adalah untuk mencapai objektif berikut:
1. Mematuhi hukum-hukum Allah yang terkandung dalam perintah dan laranga
n-Nya.
2. Membebaskan diri daripada cengkaman undang-undang asing yang dipaksa oleh kuasa barat ke atas negara-negara jajahannya.
3. Membangun sistem perundanga
n Islam untuk membantu negara Islam dalam menggembleng tenaga bagi tujuan mencapai kebebasan hidup yang berasaskan prinsip-prisip Islam dalam persaudaraan, persamaan dan jaminan masyarakat.
4. Menentukan garis panduan dan asas-asas kegiatan masyarakat berdasarkan ukuran syara’ dalam aspek keadilan dan sumbangan kepada masyarakat dalam berbagai aspek kehidupan untuk membangun tamadun umat dalam bidang ekonomi, politik dan sistem masyarakat.

Perlaksanaan syaricah yang dimaksudkan di sini adalah luas yang mencakupi bidang perundangan, ekonomi, politik, akhlak dan segala kegiatan masyarakat.
Perlaksanaan Undang-undang Islam adalah suatu tuntutan agama dan ia adalah sebagai satu ciri untuk kesempurnaan identiti negara Islam itu sendiri. Masyarakat Islam dalam sepanjang sejarahnya tidak pernah keluar daripada tuntutan melaksanakan syaricah, kecuali jika ada keadaan-keadaan tertentu yang memaksa mereka supaya mengurangkan perlaksanaan syaricah dalam bidang-bidang tertentu kerana dipaksa oleh kuasa penjajah. Pengalaman sejarah hitam ini tidak sepatutnya dijadikan penghalang untuk kembali kepada perlaksanaan Undang-undang Islam secara lebih lengkap.Sepatutnya, selepas negara Islam bebas daripada kuasa penjajah, langkah-langkah positif perlu diambil bagi mengembalikan semula Undang-undang Islam ke pangkuan umat. Untuk itu perlulah kepada penyediaan dan penggubalan undang-undang yang lengkap untuk mengambil alih undang-undang penjajah, dan membina kefahaman umat terhadap kepentingan Undang-undang Islam untuk kekuatan negara dan perpaduan umat, serta menyusun sistem pentadbiran kehakiman yang sesuai dengan keperluan undang-undang syariah.

0 comments: