Wednesday, October 22, 2008

AnCaMaN BlaCk MeTaL MeMbaHaYakAn


ASTAGFIRULLAHAL AZIM.........!!!!!!

Sesungguhnya umat Islam sejak zaman dahulu hingga ke hari ini sentiasa menghadapi ancaman dan cabaran daripada musuh-musuh Islam. Berbagai langkah dan strategi diaturkan untuk menyesatkan umat Islam. Yahudi dan Nasrani bersungguh-sungguh dan tidak berhenti-henti mengatur untuk menghancurkan iman dan aqidah umat Islam, mereka berusaha, bersepakat merancang strategi merosakkan akhlak umat Islam. Mereka juga merancang berbagai-bagai program untuk menghancur atau memporak-perandakan rumahtangga orang-orang Islam melalui berbagai-bagai fahaman untuk mengelirukan umat Islam, juga melalui budaya liar dan hiburan-hiburan yang menjolok mata untuk melalaikan serta melekakan umat Islam. Di akhir-akhir ini kita dikejutkan sekali lagi dengan satu gejala sosial yang merosakkan aqidah, sekaligus merosakkan akhlak generasi muda dan remaja kita. Di mana terdapat kes-kes tangkapan yang dibuat oleh pihak penguasa terhadap golongan remaja yang terlibat dengan fahaman dan gejala black metal, adalah membuktikan penglibatan berani anak-anak muda melayu kita dalam aktiviti yang boleh merosakkan aqidah. Kerisauan ini adalah berdasarkan unsur-unsur yang terdapat dalam black metal itu sendiri seperti anti Tuhan, anti sosial, anti agama dan bersifat pemberontakan dan kebebasan yang boleh dianggap akan menggugat keharmonian di negeri ini. Apabila ditemui, sebahagian mereka adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah atau anak-anak muda kita yang tidak boleh membaca fatihah dan mengucap dua kalimah syahadah.Gejala-gejala pengaruh fahaman yang menyesatkan ini andainya ia dibiarkan pasti akan menjadi masalah besar kepada umat Islam di negara ini dan akhirnya membawa kepada ancaman keselamatan umat itu sendiri. Pengaruh perkara-perkara baru ini akan cepat merebak dan menjangkit di kalangan remaja-remaja dan generasi yang kurang berfikir, mereka akan mudah terpengaruh dengan apa-apa sahaja perkara baru yang disangkakan menarik pada pandangan mereka, walaupun perkara itu tidak munasabah dan amat bertentangan dengan akal dan hukum Islam. Apakah sebenarnya " Black Metal " yang diperkatakan itu? Betapa hebat kuasanya sehingga mampu menarik minat dan mengasyikkan anak-anak generasi muda kita menceburkan diri ke dalam kumpulan ini. " Black Metal " adalah suatu kumpulan manusia yang sesat, tiada percayakan apa-apa pun agama, tiada percayakan Tuhan. Mereka menyebarkan pengaruh melalui Aliran Mozek yang disesuaikan dengan minat golongan remaja berasal dari Yunani, yang dipelopori oleh seorang lelaki Yahudi bernama Yurinamus. Aliran ini bencikan agama, termasuklah apa-apa agama. Mereka menghina agama-agama, memijak bible, mengencingkan, meludah, mengoyak dan membakar Al-Quran, mereka dari golongan pengamal-pengamal sihir, minum arak, seks bebas, suatu upacara atau pesta seks bebas antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan binatang.Antara lain amalan kumpulan ini ialah mengadakan upacara pemujaan, iaitu memuja kambing hitam, meminum darah kambing hitam, memuja syaitan dan mentera-mentera yang berlainan. Kesan dari itu, akhlak menjadi rosak, tiada pegangan aqidah yang kukuh, akhirnya menjadi sejahat-jahat manusia, sehingga sanggup memijak Al-Quran, melawan ibu bapa, menghina agama dan lain-lain lagi.

0 comments: